PENDEKATAN KAMI

Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran ("KKP") merupakan iltizam kami dalam mengutamakan prestasi mampan terhadap KKP bagi melindungi kepentingan umat, harta, alam sekitar dan reputasi kami di mana sahaja kami beroperasi. Berasaskan kepada pengetahuan yang bermanfaat, pengalaman dan tatacara kerja amalan terbaik, maka Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran diwujudkan.

TADBIR URUS

Komitmen kepada tadbir urus yang baik dan ketelusan memantapkan lagi kecemerlangan operasi kami. Di samping itu, Kod Tatatertib dan Etika Perniagaan memacu organisasi kami ke arah budaya kerja yang cemerlang.

KESELAMATAN, KESIHATAN & PERSEKITARAN

Keselamatan, kesihatan dan persekitaran ("KKP") merupakan aspek asas industri kami.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Kami berusaha untuk bertanggungjawab dalam mengimbangi pertumbuhan perniagaan dan pembentukan nilai masyarakat di mana sahaja kami beroperasi. Aspirasi asas kami adalah untuk merangsang pembangunan sosio-ekonomi yang berterusan dengan memberi penekanan kepada perkara berikut:
1)Pendidikan
2)Pembangunan masyarakat
3)Alam sekitar