Mampan (“SUSTAINABILITY”) kepada kami bermakna memenuhi keperluan pembangunan sumber asli mineral yang semakin meningkat dengan cara yang bertanggungjawab dan holistik. Dengan mengimbangi keperluan ekonomi, alam sekitar dan tanggungjawab sosial, kami berusaha untuk mewujudkan manfaat sosial yang berkekalan untuk generasi masa kini dan masa hadapan di mana sahaja kami beroperasi. Di sini kami menyediakan gambaran keseluruhan pendekatan kami terhadap “sustainability”.
Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran ("KKP") merupakan iltizam kami dalam mengutamakan prestasi mampan terhadap KKP bagi melindungi kepentingan umat, harta, alam sekitar dan reputasi kami di mana sahaja kami beroperasi. Berasaskan kepada pengetahuan yang bermanfaat, pengalaman dan tatacara kerja amalan terbaik, maka Polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran diwujudkan.
Komitmen kepada tadbir urus yang baik dan ketelusan memantapkan lagi kecemerlangan operasi kami. Di samping itu, Kod Tata Laku dan Etika Perniagaan memacu organisasi kami ke arah budaya kerja yang cemerlang. Ini sangat penting untuk kami terus berdaya saing dalam suasana industri yang semakin mencabar.
Keselamatan, kesihatan dan persekitaran ("KKP") merupakan aspek asas industri kami. Adalah menjadi iltizam kami untuk memenuhi keperluan pembangunan sumber asli mineral yang semakin meningkat dengan cara yang selamat, amalan terbaik dan cekap. Kami berusaha memastikan produk dan perkhidmatan kami memenuhi keperluan undang-undang, peraturan-peraturan dan amalan terbaik industri. Sistem Pengurusan KKP dan Polisi KKP adalah antara wadah tadbir urus kami bagi menjamin KKP yang mampan dan berkesan. Keberkesanan wadah tadbir urus, kawalan dan pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan akan dinilai dengan memakai sistem persijilan ISO9001:2015 dan ISO14001:2004 dalam masa terdekat.
Kami berusaha untuk bertanggungjawab dalam mengimbangi pertumbuhan perniagaan dan pembentukan nilai masyarakat di mana sahaja kami beroperasi. Aspirasi asas kami adalah untuk merangsang pembangunan sosio-ekonomi yang berterusan dengan memberi penekanan kepada perkara berikut: