Industri pengekstrakan pasir mampu memberikan pulangan yang agak besar kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Menyedari potensi ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu. Adalah menjadi misi utama KSSB untuk menjayakan MES.
KSSB telah melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor. Lokasi ini akan menjadi model operasi pengeluaran pasir yang prihatin kepada industri pembinaan, alam sekitar dan rakyat. KSSB akan melancarkan operasi seperti ini di seluruh Selangor dalam masa terdekat.

Sebutharga S11/2013


We have detected you using an older version of Internet Explorer (7 or older). To fully
experience this web portal, you are required to update your browser or migrate to another browser such as Mozilla Firefox (recommended).

