Kepentingan untuk membentuk pimpinan yang lebih baik perlu diberi perhatian
Masyarakat membantah rasuah sewenang-wenangnya dan ketidakstabilan ekonomi telah memberi gelombang impak di seluruh dunia dalam tahun 2011. Hal ini membangkitkan rasa protes masyarakat di setiap negara dan pantas tersebar sekaligus menyatu padukan semua peringkat sosial yang menentang isu ini. Walaupun dari latar belakang yang berbeza, tetapi mesej yang ingin disampaikan adalah sama iaitu kepentingan ketelusan dan akauntabiliti daripada pemimpin.


Berdasarkan
Indeks Persepsi Rasuah 2011, terbukti masyarakat berhak merasakan ketidakpuasan
hati dan protes mereka. Tiada negara di dunia ini yang terlepas dari bahaya
rasuah ini, majoriti daripada 183 negara telah dinilai dengan mata di bawah 5
daripada skala 0 (rasuah tertinggi) hingga 10 (rasuah terendah), New Zealand,
Denmark dan Finland adalah tiga negara yang berada di senarai teratas, manakala
North Korea dan Somalia sama-sama berada di senarai terendah. Malaysia pula
kini berada di skala 4.3. Indeks Persepsi Rasuah menilai negara-negara terlibat
berdasarkan kepada setiap rasuah yang dilihat berlaku di peringkat sektor awam.
Ini adalah petunjuk agregat yang menyatukan kepelbagaian sumber informasi
berikutan rasuah bagi tujuan perbandingan dilakukan.
Indeks 2011 ini juga membawa kepada penilaian dan tinjauan pendapat daripada
institusi-institusi bebas dan berpotensi. Kaji selidik serta penilaian ini
merangkumi soalan yang bersangkut paut dengan rasuah oleh pegawai awam, sogokan
diperolehan awam, menggelapkan dana awam dan keberkesanan usaha ke arah
anti-rasuah di kalangan sektor awam. Persepsi digunapakai kerana sebahagian
besar rasuah adalah aktiviti tersembunyi yang sudah diukur. Dari masa ke
semasa, persepsi terbukti untuk diterima pakai dalam penilaian gejala rasuah.
Pimpinan sektor awam yang meletakkan keutamaan kepada kepentingan rakyat adalah
satu tanggungjawab yang merentasi semua sempadan. Kerajaan harus memimpin dan
bertindak dengan sewajanya. Manakala masyarakat berhak untuk terus menuntut
pimpinan yang lebih baik daripada kerajaan mereka. Semua pihak harus berganding
bahu membanteras gejala rasuah dan iltizam daripada semua pimpinan khasnya bagi
bersama-sama menangani rasuah dengan mengambil tindakan awal dan
melakukan anjakan paradigma dalam mengatasinya.